FALSAFAH

Kami
null

Menjadi sebuah Cafe Coklat yang membuat, menjual dan menyajikan produk coklat ‘homemade’ serta menu-menu Fusion tempatan dan tradisional yang memberi pengalaman berbeza untuk dinikmati bersama seisi keluarga.

MISI

Kami
null
  • Sentiasa Inovatif dan Kreatif
  • Berkongsi peluang dengan bakal usahawan
banner-coklat-gift3
coklat-gift-simply-chocolate-02

SEJARAH

Kami
null

Bermula dengan membuat coklat untuk memenuhi permintaan anak-anak yang gemarkan coklat dan menjual secara online pada 2011 dari rumah.

Pada 2012 atas permintaan pelanggan yang ingin merasa dan melihat sendiri coklat yang ditempah, kami mula beroperasi di premis fizikal di Ipoh.

Ia menjadi lokasi untuk pelanggan yang gemarkan coklat homemade yang fresh. Serta mereka yang mencari kelainan untuk dijadikan hadiah sempena majlis khusus seperti hari jadi, hari perpisahan, majlis pertunangan, perkahwinan serta aqiqah.

Bagi memastikan maklumat berkaitan coklat doorgift kami dapat dicapai oleh lebih ramai peminat coklat, satu website tentang produk coklat doorgift telah dibuat. Segala berita dan cerita berkaitan produk coklat serta aktivi kami di kongsi di dalam website ini.

Di Simply Chocolate kami menggunakan coklat kompaun tempatan dan luar negara yang digabung untuk menghasilkan coklat dengan rasa yang tersendiri. Ada lebih 13 jenis coklat pelbagai rasa pilihan dari praline dan truffle. Sesuai untuk semua jenis penggemar coklat, sama ada coklat susu, coklat putih atau coklat gelap.

Selain coklat,di Simply Chocolate Cafe juga menyediakan menu-menu istimewa yang bersesuian dengan semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga ke dewasa. Antara menu-menu unik yang mesti dicuba ialah Drippin dan Ropa.

Jemput datang ke Simply Chocolate Cafe atau jumpa kami di alam maya di mysimplychocolate.com.

TIMELINE

Simply Chocolate
null
2011

Didaftarkan

Simply Chocolate didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Operasi Bermula

Simply Chocolate memulakan operasi dari rumah.
2012

Kedai Kafe

Operasi dan perniagaan Simply Chocolate dijalankan di kedai.
2016

Laman Web

Laman Web Simply Chocolate dilancarkan.
2019

Berkembang Maju

Simply Chocolate kini mempunyai servis coklat gift, kafe dan juga online store.

APA KATA MEREKA

Tentang Produk Simply Chocolate
null

LOKASI

Kafe Simply Chocolate
null
SIMPLY-CHOCO2

No 79, Jalan Wirajaya, Taman Ipoh Jaya Timur 1, 31350 Ipoh, Perak.

Selasa-Jumaat: 03.00 PTG – 10:00 MLM

Sabtu-Ahad: 12:00 TGH – 10:00 MLM

Isnin: TUTUP

Nombor Telefon:

+60125718900